Friday, July 13, 2007

Kurising-kurising

Aku inda jua merati banar pasal blogging ani sebanarnya. Kurising-kurising ku befikir apakan dulu ku tulis. Biniku membari tau, baik tah aku menulis dalam bahasa Limbang atau bahasa Sarawak. Lapas ku befikir, baik tah aku bercerita dalam bahasa ku sendiri (bahasa Limbang) atau yang sebanarnya bahasa Brunei.

Batah sudah aku inda becakap bahasa ani sebanarnya. Mun dirumah, bahasa Sarawak nganya ku pakai. Bila muleh ke rumah bapa di Semenggok, Kuching, baru tah aku bekurapak Limbang. Atu pun aku kadang-kadang pandai tersasul becakap bahasa Sarawak. Atu tah nyamu ani, batah inda dipakai, jadi tah bahasa rujak.

Mun lagi dahulu, buleh tah aku bekurapak bahasa Limbang fluent. Ani inda tia lagi. Mesti ada yang bercampur-campur. Originality atu inda lagi ada bah. Kadang-kadang peranakku sendiri ketawa mendangar. Mana inda, bahasa Limbang dicampur dengan bahasa Sarawak. Jadi tah bahasa buatan sendiri atau buleh di namakan macam bahasa "fusion". Atu tia cali meliat muka urang-urang keliling aku mendangar aku becakap. Masing-masing tetuleh-tuleh mendangar aku bekurapak. Aku merati pulang apa kan ku maksudkan. Tapi urang lain... macam memantul nganya subject yang ku ceritakan... inda tah merati tu mengkali (pelemaing ku).

Bah.. inda merati pun inda ngapa. Memandangkan ani kali pertama aku post dalam ani, jadi inda dahal mun siapa-siapa saja yang "cuba" membaca ani inda paham. Lain kali, buleh lagi tu. Setakat ani, aku pun inda tau apa kan ku ceritakan dalam blog ani. Biar tah kali dulu. Nunggu idea datang, baru tah aku becerita lagi. Lakat tah lagi aku tepunduk-punduk di sini bepikir apakan lagi ditulis dalam blog ani.

2 comments:

Maurina said...

Hahaha, siuk eh blog kita ah. Suka ku cakap Brunei. Tulis saja tia apa2 bah ah janji ada :P

HERMZZ said...

Bejuritan urang menulis blog in english. Bahasa Sarawak pun ada jua eh nyamu. Ya tah ni, alang-alang kan ber"blog" biar tah bahasa ketani. Baru siuk!!