Friday, January 9, 2009

Cerita Lama II

Andang jadi tabiat kanak-kanak masa sakulah randah. Inda ada lain dibuat, bemain nganya pagi patang. Zaman ku sakulah randah, banyak macam parmainan masa di sakulah. Sebalum bebunyi main, masa rehat main, masa kan muleh pun main. Inda puas hati lagi, muleh bebalik ka sakulah waktu patang, sambung main lagi.

Sudah jadi tabiat budak sekolah rendah, takde benda lain nak dibuat. Main, main, main. Zaman aku sekolah rendah dulu, banyak betul permainan masa di sekolah. Sebelum loceng berbunyi, main, masa rehat, main, masa nak balik sekolah pun main. Kalau tak puas hati lagi, balik lagi ke sekolah waktu petang, sambung main lagi.

Banyak macam parmainan zaman sakulah dulu. Ada yang main bubut, main lumpat, main guli dan macam-macam lagi sampai ku inda tabuai lagi kan manulis di sini. Luan batimbun! Tapi dalam banyak-banyak parmainan, yang paling ku ingat banar main tapok. Macam biasa, inda kira masa, kalau sudah musim main tapok ani, ramai yang ikut-ikutan main. Batapok bawah mija tia, dalam jamban tia, bilik stor tia. Ada jua kawan ku batapok dalam jamban bini-bini jua (tapi kedapatan jua). Yang paling thrill dan inda kedapatan tarus, batapok dalam bilik guru. Hahaha.... Tarus inda kedapatan lansung!

Ada macam-macam permainan ada zaman sekolah dulu. Ada yang main kejar-kejar, main guli dan macam-macam lagi permainan yang aku rasa tak larat nak tulis semuanya kat sini. Terlalu banyak! Tapi dalam banyak permainan, yang paling aku ingat sangat ialah main sembunyi (hide and seek). Macam biasa, tak kira masa, kalau dah musim main permainan ni, ramai yang ikut main. Ada yang sembunyi bawah meja, ada yang dalam jamban, ada gak dalam bilik stor. Adagak kawan aku sembunyi kat jamban perempuan (tapi kantoi gak). Yang paling thrill dan yang tak kantoi terus, sembunyi kat bilik guru. Hahaha... Terus tak jumpa langsung!

Satu hari masa ku Darjah 4, kediaku ikut-ikutan bamain tapok dangan kawan-kawan sedarjah ku. Masa atu kami main tapok masa rehat. Tangah kami balusir kan batapok, datang tia yang carah mengaga arah tampat kami. Tarus kawanku madahkan, "LARI...!!!!! BATAPOK!!!!" Apalagi kami balusir lintang-pukang mangunjar tampat batapok. Ku liat saorang kawanku mambawa kami malumpat dalam parit kan batapok. Aku apa lagi, ikut jua la.

Suatu hari masa aku Darja 4, aku ikut main sembunyi ni dengan kengkawan sedarjah. Masa tu kitaorang main masa rehat. Tengah kitaorang lari nak sembunyi, yang jadi nak datang tempat kitaorang. Terus kawan aku announce "LARI..!!! SEMBUNYI!!!!" Apalagi, kitaorang semaua lari lintang-pukang carik tempat nak sembunyi. Aku nampak seorang kawan aku bawak melompat dalam parit nak sembunyi. Apalgi, aku join la.

Tangah kami diam-diam batapok dalam parit, tiba-tiba, datang penyagat hinggap arah bibir ku. Tau-tau saja, kana sangat bibirku. SAKITNYA!!! Tarus ku malumpat kaluar batariak, "PANYANGAT!!!!!" Tarus ku kadapatan.

Tengah kitaorang diam sembunyi dalam parit, tiba-tiba, datang  lebah tanah hinggap kat bibir aku. Tau-tau je, bibir aku kena sengat. SAKITNYA!!! Terus aku melompat keluar berteriak, "PENYENGAT!!!!!" Terus aku kantoi. 

Sakit kalau kena sengat binatang ani!

Yang subanarnya aku inda kisah kedapatan, tapi yang aku inda puas hati, masuk saja kelas, bibirku yang kana gigit penyangat tadi sudah kambang basar merah macam badut. Saiznya pun basar 4 kali ganda dari biasa. Cali banar mua ku jadinya. Abis ku kana ketawakan seminggu-minggu sakulah! Cis...!!!! Andang menyasal banar ku main tapok hari atu.

Frankly, aku tak kisah kantoi, tapi yang aku tak puas hati, masuk je kelas, bibir aku kembang kena sengat besar merah sebijik macam badut. Saiznye pun besar 4 kali ganda dari biasa. Memang lawak betul muka aku jadinya. Habis aku kena ketawakan seminggu sekolah! Cis...!!!! Memang aku menyesal betul main sembunyi hari tu.

5 comments:

hasnizam said...

sekejap...nak imagine muka ko dgn bibir tebal...huahahahahaha.....

ruzainie said...

man lg tebal dari bibir stephen chow dlm kungfu hustle ka? ...tu laa lain kali x mau kena sengat, SIUL dulu! muahahaha

HERMZZ said...

Lebih kurang mcm tu la slashue! Aku lagi awal kena dari stephen chow

cohong gym said...

Sakit tu beb

Syamsulfaiz said...

Kena kat bibir memang best....