Thursday, January 8, 2009

Cerita Lama I

Masa ku sakulah di SRK Melayu Pusat Limbang dulu, Bapa hantar aku belajar muzik arah Music Centre. Kalau inda silap, aku start kana hantar masa ku darjah 3. Kediaku belajar organ sama belajar teori muzik. Zaman atu di sakulah, kediaku yang paling advance dari segi muzik mengalahkan cigu muzik lagi. Buku teks muzik sakulah masa darjah anam pun aku sudah katam zaman ku darjah 3 lagi.

Masa aku sekolah kat SRK Melayu Pusat Limbang dulu, Bapa hantar aku belajar muzik kat Music Centre. Kalau tak silap, aku start masa aku darjah 3 lagi. Aku belajar organ dengan teori muzik. Zaman tu kat sekolah, akulah yang paling advance pengetahuan dari segi muzik mengalahkan cikgu muzik aku. Buku teks muzik sekolah masa darjah enam pun aku sudah khatam zaman aku darjah 3 lagi.

Biasanya kalau belajar muzik ani, kami ikut Level. Setiap tahun naik satu level. Tapi misti pas ujian dulu. Kalau inda, inda belaku naik level. Macam periksa sakulah biasa bah. Zaman atu, kediaku student yang ketiga pertama sakulah muzik atu (Baru buka masa aku register dulu). Uleh sebab yang pertama sama kedua atu sudah sakulah jauh asrama, inda lagi menyambung belajar muzik. Jadi aku dikira student favourite Music Centre atu. Bila kan masuk musim periksa, cigu selalu membari ku tuition free extra time. Kadang-kadang, sengaja kedia buka kelasnya malam kan mengajar kediaku. Jadi, ulang alik-tia Bapa mengantar kediaku belajar malam hari setiap hari.

Kebiasaan belajar muzik ni memang ikut Level. Setiap tahun naik satu Level. Tapi mesti pass exam dulu. Kalau tak pass, tak naik la level. Memang macam exam sekolah biasa. Zaman tu, akulah student ketiga yang pertama register kat sekolah tu (Baru je bukak masa aku register dulu). Oleh sebab student pertama dan kedua dan masuk sekolah jauh asrama, diorang tak sambung belajar lagi kat Music Centre tu. Jadi aku dah kononnya "ditabalkan" sebagai student favourite Music Centre tu. Bila masuk musim ujian, cikgu aku akan bagi aku free tuition extra time. Kadang-kadang, dia sengaja bukak kelas malam nak bagi aku belajar. Jadi, setiap malam Bapa akan ulang-alik hantar aku belajar.

Satu malam, lapas Bapa mangilap mutusikal nya pakai wax sama Amor Whole arah seat nya Bapa kan mengantar ke sakulah muzik. Ku liat licin banar seat mutusikalnya ani sampai bekilat-kilat. Ijap jua ku tagugur. Selajurku naik saja, Bapa mamulas minyak memanjut. Sekali.. GEDEBUK!! Tagugur ku ke jeraya luka-maluka. Bapa inda lagi sadar tarus bejalan. Masuk ku karumah Mama keheranan. Dah ta luka-maluka basah jeraya lapas ujan, dah atu Bapa pun inda nampak.

Satu malam, lepas Bapa mengilatkan motosikal guna Wax dengan Amor Whole kat seat Motor, Bapa nak hantar aku ke sekolah muzik tu. Aku nampak memang licin berkilat seat motor die. Takut gak aku kot-kot jatuh. Naik je aku duduk kat seat tu, Bapa terus pusing minyak motor nak pecut kedepan. GEDEBUK!! Terjatuh aku kat jalan raya siap luka-luka. Bapa langsung tak sedar aku jatuh, terus je jalan. Aku masuk rumah Mama hairan tengok aku. Dah le luka-luka basah kena jalan lepas hujan, dah tu Bapa pun tak nampak-nampak.

Mama : Kenapa kau Man?
Aku : Gugur dari mutusikal. Licin sitnya!
Mama : Mana Bapa mu?
Aku : Inda sadar aku gugur.

Model motosikal Bapa dulu

Inda batah lapas atu, Bapa muleh. Katanya sampai saja sakulah muzik atu kedia takajut kediaku inda ada dibelakang. Marah Mama dangan Bapa malam aku. Anak gugur luka-maluka pun inda sadar! Semanjak hari atu, inda lagi Bapa luan kan meng"Amor Whole" seat mutusikalnya lagi. Takut ya anak-anaknya gugur lagi mengkali....

Tak lama lepas tu, Bapa balik. Katanya sampai je ke sekolah muzik tu, die tekejut tengok aku takde kat belakang. Marah betul Mama kat Bapa malam tu. Anak jatuh luka-luka pun Bapa tak sedar! Semenjak malam tu, Bapa takde sangat nak meng"Amor Whole" seat motor dia lagi. Takut anak-anaknya jatuh lagi kot...

9 comments:

cohong gym said...

hahaaha kelakar kelakar. Aku ada similar accident masa sekolah rendah dulu. Biasanya aku pegi sekolah naik basikal. Satu hari tu, aku kena bawak adik aku pasal tayar basikal dia pancit. Masa balik, aku main main the basikal tetiba, gedebab, rupa-rupanya adik aku dah terjatuh kat belakang. Habis semua orang gelak kat kitaorang hahahahahha.

P/s aku tak tau pun kau pernah masuk sekolah music

HERMZZ said...

Saje je tak nak bagi tau orang.. sebab masa matrik dulu bebudak kebanyakan terer main gitar. Aku tak reti pon. So belajar kat kengkawan yang terer. Masa belajor dulu, budak tak pandang orang pandai baca note tauge tu. Yang terer main gitar je orang pandang.

cohong gym said...

Tak jugak. Sebenarnya orang lagi pandang kalau kau bole baca tauge tu. Kira power tu beb.

cohong gym said...

Tak jugak. Sebenarnya orang lagi pandang kalau kau bole baca tauge tu. Kira power tu beb.

Syamsulfaiz said...

HAhahaha bapak ko memang cool la Man. Sampai sekolah baru sedar tu. Ko dulu kurus sgt ke?

mesti member2 bapak ko gelak jugak kat kedai kopi.

HERMZZ said...

Kecik lagi bro. Baru darjah 4 kot.

hasnizam said...

heh...ko pernah kena cam tu ke masa tumpang Pubik? Patut laa aku perasan ko tak berani bawak motor...Taraumakaaa (sambil tengok lukisan kuda berkepala harimau)....

Alif Lam said...

hermz, ada can ke ayah kau rasa naik moto besar mcm iklan afdlin shauki petronas tu? klu x beli harley davidson, ngkau belikan honda cbr 1000rr pun ok!

HERMZZ said...

Gibok,

Gua tara takut naik motor la. Tapi gua takut itu orang bawak motor macam hantu kalau gua ikut naik jugak.

Lifi,
Nak beli motor besar tara hal. Tapi aku takut, cucu-cucu dia jadi mangsa seterusnya. hahaha