Thursday, July 23, 2009

Loratadine 10mg

Aku ada masalah alergik. Macam biasa, alergik aku ni menyebabkan aku rasa gatal yang amat sangat. Tak kira la kat mana-mana permukaan kulit yang mana. Kat kulit kepala, kat muka, kat jari, kat tangan, kat bijik mata atau kat badan. Tahap kegatalannya memang boleh membuatkan aku jadi stress yang amat sangat.

Masalah alergik aku ni timbul tahun 2000 lagi. Tapi aku tak perasan pun yang benda ni alergik pasal kekerapan kejadian alergik masa tu amatlah jarang sekali. Tapi sememnjak tahun 2002, kekerapan kejadian alergik ni semakin menjadi-jadi dan pada satu tahap boleh jadi tiap hari. Seperti biasa aku pegi klinik doktor akan tanya macam-macam soalan. Tanya aku makan apa, buat apa, pegi mana dan macam-macam lagi. Tapi tak ada pun penyebab yang "conclusive" alergik aku ni. Selalunya diorang kasi aku injection je. Tapi lepas tu.. memang aku akan jadi mengantuk yang teramat sangat dalam masa 10 minit sahaja.

Cuma pada tahun 2003 aku dah paham macam mana kriteria alergik aku ni. Kalau aku masuk tempat ada air-cond dan tiba-tiba keluar kat panas terik atau vice versa, alergik aku datang. Kalau aku bawak beg plastik yang berat, ruam kat tapak tangan aku naik dan menjadi penyebab alergik. kalau aku tergesel badan atau tangan mahupun kaki kat mana-mana benda keras ruam alergik pun buleh naik. Bukan sebab makan atau pun cuaca sangat. Cuma perubahan mendadak atau pun ruam sedikit kat kulit, cukup menjadi penyebab alergik aku naik gatal.

Tahun 2004 aku jumpa doktor bagi tau masalah aku ni. Aku ceritakan semua simptom dan karekter alergik aku ni. Doktor tanya aku, macam mana aku tangani masalah ni. Aku cakap terus terang aku makan ubat Loratadine 10mg kalau alergik aku datang. Lepas semua sesi soal-jawab, aku tanya kat doktor tu apa sebenarnya jenis alergik aku ni. Dia cakap Tropical Alergik (kalau aku tak silap). Aku tanya dia macam mana nak elakkan atau nak sembuh. Dia cakap tak boleh sembuh. Kenak tahan sakit je dan betul la aku makan ubat tu.

Tapi dia nasihatkan, jangan amalkan sangat ubat tu sebab benda tu racun. Makan bila perlu je disebabkan ubat tu ada side effect. Side effect dia ialah menjadi pelupa. Aku baru sedar sekarang yang apa yang doktor tu cakap memang betul. Walaupun aku sekarang takde sangat makan ubat tu, tapi dalam seminggu, aku akan makan atleast sebiji sebab alergik aku datang tahap yang tak boleh di tahan-tahan. Sekarang aku menjadi semakin pelupa.

Aku teringat tahun 2006 dulu, aku nak beli ubat Loratadine 10mg ni kat farmasi. Member aku bawak aku pegi kedai tu. Kami masuk sama-sama. Tengah-tengah kedai tu ada rak. Aku jalan lorong kanan, member aku lorong kiri. Bila jalan sampai hujung aku bertembung balik dengan member aku tu tadi. Tapi yang peliknya, aku boleh lupa dan tak kenal member aku tadi. Nama pun tak ingat langsung. Member aku hairan terus tanya aku apasal. Lepas 30 second, baru aku teringat balik yang dia tu member aku.

So, memang betul la cakap doktor tu. Makan ubat alergik nik tak elok sangat diamalkan. Tapi kalau dah tak tahan, terpaksa la makan. Aku kalau boleh aku tak nak langsung makan ubat ni. Tapi apa boleh buat, doktor cakap alergik jenis aku ni tak akan baik punya. Terpaksa laa aku layan Loratadine 10mg seumur hidup aku bila perlu.

4 comments:

cohong gym said...

bahaya betul ubat ni. errr kau kenal aku lagi hehehehehe

aku mira said...

hah? baru tau loratadine boleh menyebabkan jadi pelupa....saya pun makan jugak time perlu sahaja...

Anonymous said...

saya ada resdung. masa umo 14 tahun, pegi hospital gomen, kena refer ke pakar THT (Telinga,Hidung & Tekak). Lepas sekali jumpe doktor pakar, saya dibekalkan spray untuk hidung dan ubat loratadine sebanyak 30 biji untuk sebulan. memang ok ubat tu, so dr pakar tu suh amik ubat tu tiap tiap bulan. lpas 4-5 bulan amik ubat yg sama, saya hentikan dan makan bila perlu. sebab tak bagus depend pada dadah ni. Memang betul, saya selalu jadi pelupa. sekarang dah 30, kat opis mcm mcm tugas saya buat. ada masa saya lupa apa update sesuatu tugas tu. nasib baik rakan sekerja boleh ingatkan balik.

Anonymous said...

sama la..alergik cuaca sejuk..asal lpas mandi mlm,atau kna hujan mesti tumbuh bengkak seluruh badan...tp jgn mkn ubat tu..saya selalu sapu calamine losyen..ok la sikit bengkak dia