Wednesday, December 31, 2008

Paling Lawak

Batah banar sudah ku inda manulis dalam blog aku ani. Sorry geng. Gagau ku sadikit... indakan tekareh manulis 2 minggu ani. Apa yang ku gagaukan?? Banyak macam. Nanti tah ku manulis dalam entry lain. Hari ani aku kan ceritakan benda paling lawak bagi Elisa untuk tahun ani.

Dah lama sangat aku tak tulis dalam blog ni. Sorry la bro. Busy sikit.. tak sempat nak tulis apa-apa dalam 2 minggu ni. Apa yang aku sibukkan?? Banyak betul. Nantilah aku tulis dalam entry lain. Hari ni aku nak cerita pasal benda yang paling lawak bagi anakku Elisa untuk tahun ni.

Elisa, umur balum masuk 3 tahun. Utak sama akal lakat lagi macam anak damit. Cakapnya lurus sudah... cuma ada sadikit sabutan vocab alum lagi lurus banar. Badan sudah basar.. barat pun buleh tahan. Inda tebuai sudahku mengangkat. Kadang-kadang tepikir jua kalau dalam umur macam Elisa ani, apakah yang buleh jadi benda paling lawak dalam fikirannya?

Elisa, umur belum masuk 3 tahun. Otak dan akal pun memang masih macam baby lagi. Kalau bercakap dah betul.. cuma diction sikit je belum betul lagi. Bada pun dah besar.. berat sampai aku pun takleh nak angkat. Kadang-kadang dok terfikir gak aku dalam umur macam Elisa ni, apa saje la benda yang lawak dalam fikirannya?

Hari Ahad minggu lapas, kami anak beranak pegi makan di Singapore Chicken Rice. Lapas saja makan, Elisa gagau kan ke toilet. So, biniku terpaksa la bagi baby Darwisy arahku menjaga. Malas kan manunggu dalam kadai, ku bawa masuk dalam kerita. Uleh sabab badanku  bagak, kan melimpangi Darwisy lagi, baik tah ku duduk di belakang.

Hari Ahad minggu lepas, kami anak-beranak pegi makan kat Singapore Chicken Rice. Lepas je makan, Elisa nak pegi toilet. So, wife aku terpaksa la bagi baby Darwisy kat aku jaga. Malas nak tunggu dalam kedai, aku bawak baby masuk dalam kereta. Sebab badan aku besar dan nak baringkan Darwisy, baik aku duduk kat belakang.

Masuk saja Elisa dalam kerita, meliat kediaku duduk di belakang, ketawa Elisa kekek-kekek. Lawak katanya Papa duduk belakang. Mana inda, seumur hidup Elisa, inda pernah meliat kediaku duduk di belakang. Banar jua ku pikirkan. Dari ujung tahun 2005 sampai ujung 2008 ani, alum pernah aku duduk di belakang kerita jadi penumpang. Lawak kali banar??!!

Elisa masuk je dalam kereta, terus die ketawa besar tengok aku duduk kat belakang. Die cakap lawak laa Papa duduk kat belakang. Mana taknye, seumur hidup Elisa, tak pernah die tengok aku duduk kat belakang. Aku ingat betul gak. Dari hujung tahun 2005 sampai hujung tahun 2008 ni, aku belum pernah lagi duduk kat belakang kereta jadi penumpang. Lawak kot??!!

Best Wo duduk belakang jadi passenger!!!

4 comments:

Syamsulfaiz said...

Hmm aku pun tak pernah merasa duduk belakang kete aku. Ikat perut membeli, aku pernah duduk 2 kerusi kat depan je...tak bole jadi ni

Makin cerdik dah Elisa ni.

hasnizam said...

huh...nanti kita bukak Diamond Hotel elisa boleh jadi manager. Ko jgn suruh die jadi loyer. nanti die gelakkan client die.....so much with a sense of humour

cohong gym said...

hahahha sekali sekala kau kena gak duduk kat belakang, baru terasa macam bos besar

HERMZZ said...

Kalau keta kecik, buat senak perut je duduk belakang. Hang beli aku sebijik S class Mercedes dulu!!