Thursday, November 27, 2008

The Best Among The Best!


It is hardly found a very good drama series nowadays. Locally or even foreign one. Remember there is one time that Malaysia hit by Korean drama series called "Sonata" (hope I got it right). Most people I knew, they all said this is the best of all love story drama series of all time.

SERIOUSLY, I REJECTED IT! Ive seen even better! Its a Japanese Drama series titled "God, Give Me More Time". Sonata's heat does not even near it, or at all!! Even if it's a kinda dark story and yes, it's a sad story as well, it's definitely a beautiful love story and it leaves you content somehow despite the situation, mainly because of the character Kyoko portrays. I would say it's a high risk of crying watching most of the episodes (I know I did) just because of her many ups and downs (actually a lot of downs). So be prepared, it's a roller coaster of feelings. One thing for sure, this is a must see drama and I ranked it as THE BEST AMONG THE BEST!

Trust me. Watch it to believe it. For streaming freely, you can click here.

PS:- if Sonata were given 5 stars, then I must say this drama deserved 10 stars!

Sunday, November 23, 2008

Membari Nama

Senyum Ambil Gambar

16hb November, 2008, biniku selamat beranak baru anak laki. Alhamdulillah, syukur. Bekareh tia lagi ku kan mangunjar nama untuk anak ku yang baru ani. Biniku sama anakku yang tua Elisa gagau membari nama Darwisy selagi betian 7 bulan lagi. Biniku malar bibiran betanya kediaku apa nama lain lagi ku ku bari. Alum tah ku kan ta'unjar.

#16hb November, 2008, wife aku selamat melahirkan anak lelaki aku yang baru. Alhamdulillah, syukur. Kenalah aku berkerja lebih sikit nak carik nama untuk nama anak baru aku ni. Wife dengan Elisa busy betul letak namanya Darwisy semenjak pregnant 7 bulan lagi. Wife aku selalu gak tanya aku apa nama aku nak letak. Aku tak jumpa lagi la.



Batah ku bekareh mengelingai kan mangunjar namanya sabuting lagi. Ngaleh ku membaca buku nama-nama anak damit laki. Inda jua ku ada idea lagi kan membari nama ani. Mulanya ku kan bari nama Izz atau Arumi. Tapi bila ku madahkan dangan biniku pilihanku, muanya macam inda berapakan bekenan.

#Lama gak aku busy carik nama anak aku yang satu lagi. Letih gak aku baca balik buku nama-nama pilihan anak lelaki. Masih gak aku takde idea. Mula-mula aku nak bagi nama Izz atau Arumi. Tapi, bila aku kasi tau wife aku, bini aku macam tak berkenan je.


Elisa & Darwisy

Hari ketiga, awal pagi ku bangun dari mamurancah, teringin ku kan ke JPN kan mambuat sijil beranak. Last-last, baru tah ku tapikir, daripada ku payah-payahan kan mangunjar nama, baik tah ku bari nama Ahmad. Ahmad Darwisy! Uleh sebab Ahmad ani nama bapa sama bapa mertuaku, alang-alang baik tah ku bari nama anak laki pertamaku sempena nama dua bapa sama bapa mertuaku.

#Hari ketiga, awal aku bangun tidur, teringin nak pi JPN buat sijil lahir anak aku ni. Last-last, baru aku dapat idea. Daripada aku dok fikir susah-susah carik nama, baik aku bagi nama Ahmad. Ahmad Darwisy! Olesh sebab nama Ahmad ni, nama bapak and mertuaku, alang-alang baik aku kasi nama anak aku sempena nama diorang.

Ahmad = Yang Terpuji

Darwisy = Warak

Thursday, November 13, 2008

Korea Utara

Aku mimang dari dulu lagi suka atau fascinated dengan cerita pasal Korea Utara. Pasal sejarah mungkin sudah tau. Tapi yang aku minat banar ani pasal cerita karang ani especially cerita pasal masyarakat dan sosial di sana. Aku mimang suka meliat rangcangan dokumentari dalam TV pasal negara urang lain. Tapi pasal Korea Utara??? Terlalu sedikit. Jadi sehari ani kediaku browse dalam You Tube dokumentari pasal ani. Banyak pulang cuma yang ani yang paling sedih ku liat.

Aku dari dulu lagi memang suka atau fascinated dengan cerita pasal Korea Utara. kalau cerita sejarah mungkin aku dah tau. Tapi yang betul-betul aku minat ialah pasal cerita yang terkini especially cerita pasal masyarakat dan sosial orang kat sana. Aku memang minat tengok dokumentari dalam TV pasal negara luar. Tapi kalau pasal Korea Utara??? Teramatlah sedikit yang kita jumpa. Jadi sehari ni aku dok browse dalam You Tube cari dokumentari pasal ni. Memang banyak aku jumpa, cumanya yang ni paling sedih aku tengok.




Tuesday, November 11, 2008

Nissan Vanette Bapa


Kami sakeluarga ada 6 urang. Jadi kalau kami kan bejalan ke kadai kan membali naindah, van Nissan Vanette ani tah jadi pengangkutan. Bapa bali van ani secondhand 16 tahun dulu. Bila kami kan bejalan beraya, van ani tah jadi mambawa kami sakeluarga. Bila kami kan muleh ka Limbang dari Kuching, van ani tah yang mengangkut kami sakeluarga sama naindah panuh bepadat. Kalau lagi dahulu, dari Kuching ke Miri, selalunya kami turun dari Kuching pukul 3 pagi. Sampai ke Miri dalam pukul 4 ke 5 patang. Sungguhpun van ani ada 4 gear nganya, buleh jua ya sampai ke Miri dalam masa 14 jam nyamu. Asal tahan punggung duduk batah-batah inda be-aircond.

Kami sekeluarga ada 6 orang. Kalau kami nak pegi ke kedai nak beli barang rumah, van Nissan Vanette ni lah jadi pengangkutan. Bapak aku beli van ni secondhand 16 tahun dulu. Bila kami nak pegi beraya, van ni lah yang bawak kami sekeluarga. Bila kami nak balik kampung ke Limbang dari Kuching, van ni lah yang angkut kita orang sekeluarga berpadat dengan barang-barang yang penuh. Kalau dulu perjalanan dari Kuching ke Miri selalunya kami turun dari Kuching pukul 3 pagi. Sampai ke Miri dalam pukul 4 atau 5 petang. Walaupun van ni ada 4 gear je, boleh gak sampai ke Miri dalam masa 14 jam je. Asalkan tahan punggung duduk lama-lama takde air-cond.

Selalunya, kuatan badan kami adi-beradi tabau-tabau, sorang adiku mistilah malimpang atas lantai van ani. Mun inda, mesti lah inda muat kami duduk atas kerusi belakang ani. Sangal nyamu duduk batah-batah ani. Uleh sabab inda be-aircond, tepaksa tah kami mambuka tabok masa dalam perjalanan. Sampai saja destinasi, kalau syampu rambut atu, keluar tu hitam aingnya tekana habuk masa bejalan bejam-jam atu. Masa ku mula keraja, van ani tah jua jadi pengangkutan kediaku. Ada bisidorang hairan inda picaya ku bawa van ani pegi court. Mana jua ulah, mana kan balureh usin kan mambali kerita baru? Ani saja ku mampu masa atu.

Oleh sebab kami adik-beradik bersaiz besar, salah seorang adik aku mestilah baring kat lantai van ni. Kalau tak, sure la tak muat kami duduk kat kerusi belakang van ni. Letih gak kalau duduk lama-lama ni. Oleh sebab takde air-cond, cermin kenala sentiasa bukak. Sampai je ke destinasi, kalau cuci rambut sure keluar airnya warna hitam sebab terkena habuk semasa perjalanan berjam-jam. Masa aku baru nak kerja dulu, van ni jugaklah jadi pengangkutan aku. Ada gak orang hairan dok tengok aku pakai van ni pegi court. Apa boleh buat, mana nak cekau duit nak beli kereta baru? Ni saja lah aku mampu masa tu.

Sudah 4 tahun ku rasa Bapa jual van atu. Banyak banar jasanya dangan kami sakeluarga. Masa Bapa jual van atu, kedia inda madahkan dangan kediaku. Sampai karang ani, spare-key nya sabuting masih ada lakat lagi arah ku.. Sssssshh!!

Dah 4 tahun Bapak aku jual van ni. Banyak betul jasanya dengan kami sekeluarga. Bapak aku jual van ni tak kasi tau aku. Sampai sekarang, spare-key van ni masih lagi kat aku... Sssssshh!!

Bersyukur...

Membawa anak damit naik mutusikal zaman dahulu mimang sudah jadi kebiasaan. Panas ka, hujan ka, sama jua dijalani jua. Tapi zaman karang ani especially di Kuching ani, jadi pemandangan yang ku rasa inda nyaman diliat. Macam-macam perasaanku bila ku maliat urang mambawa anak damit naik mutusikal ani. Pagi tadi masa mengantar pebinian keraja, beranti di traffic light, kami laki bini teliat sabuah keluarga naik mutusikal. Lakinya di dapan sama dengan anaknya paling tua. Bininya di belakang dengan anak damitnya. Sudah tia hujan... kesian...

Bawak baby naik motor kalau zaman dulu memang jadi kebiasaan. Panas ke, hujan ke, semua redah. Tapi zaman sekarang ni, especially kat Kuching ni, aku terasa semacam suatu yang tak seronok dipandang. Macam-macam perasaan keluar kalau aku terserempak dengan orang yang bawak baby atas motor ni. Pagi tadi, masa nak hantar wife aku pegi kerja, berhenti kat traffic light, kitaorang nampak ada sebuah keluarga ni naik motor. Laki dia kat depan bawak anak sulung dia. Wife dia kat belakang bawak baby. Dah la hujan... kesian...


Bila sudah beranak sendiri ani, meliat pemandangan cemiani ani inda sampai hati ada jua. Terasa jua kan manulong membawa anak damitnya atu. Sudah tia hujan. Inda sajok ka anak-anak nya?? Kesian ah! Batah kami laki bini meratikan bisidorang atas mutusikal. Last-last, senyum jua ku meliat ulah bisidorang sekeluarga atu sebab dorang baibun rupanya. Ketawa kasiokan dorang. Ya tah tu nah! Walaupun inda mampu mambali karita, tapi keluarga atu ku liat siok saja dengan apa yang bisidorang tedapat... Atu baru namanya bersyukur dengan nikmat hidup!

Bila dah ada anak sendiri ni, kalau tengok pemandangan cam ni, rasa tak sampai hati pun ada gak. Ada gak rasa nak tolong bawakan anak-anak diorang. Dah la hujan. Tak sejuk ke anak-anak diorang ni? Kesian kan! Lama gak aku dengan wife aku tengok diorang ni. Last-last aku senyum seorang tengok perangai diorang sekeluarga. Rupanya, diorang tengah bergurau. Diorang seronok ketawa. Itulah dia! Walapun pun tak mampu beli kereta, tapi keluarga tu seronok je dengan apa yang ada... Ni lah namanya bersyukur dengan nikmat hidup!


Wednesday, November 5, 2008

Big Appointment!!

Malam tadi aku punyalah nervous mamikirkan turun keraja hari ani. Pelemaingku, ada satu big appointment yang pagi isok. Kan tidur pun ku kepayahan. Sangal mamikirkan apakah appointment ku ani bisuk pagi. Ngaleh ku cuba mangingati, inda jua ku tabua'i lagi tu. Kuatan mengantok hantap, tetidur jua ku eh kengalehan.

Semalam aku punyela nervous dok fikir pasal nak pegi kerja hari ni. Aku terasa yang pagi besok aku ada Big Appointment kena handle. Nak tidur pun susah gila. Pening kepala aku dok fikir apa la appointment aku besok pagi. Letih aku cuba ingat balik, tapi tak boleh jugak. Sebab ngantok sangat, tertidur jugak aku keletihan.


Awal pagi tadi takuliat badan payah kan bangun. Mulanya rasa macam malam kan turun keraja ni. Mangantuk lakat ku lagi nyamu. Tapi baru ku sadar yang aku rasa aku ada Big Appointment pagi ani. Cumanya aku alum lagi ingat appointment apakah tu. Malas jua ku kan meliat dalam diari telefon ku. Biartah ku ke ofis dulu. Karang tah cuba di ungkayahkan.

Awal pagi tadi, badan mengeliat susah nak bangun. Ada gak rasa malas nak pegi kerja. Mengantok gila bro. Tapi aku baru teringat yang aku ada Big Appointment pagi. Cumanya aku tak ingat appointment apa. Malas gak aku nak nengok dalam diari telefon aku. Biar la kat ofis je aku semak.


Bila sampai ofis ku, aku cuba simak bebalik semua appointment ku sehari ani. Inda jua ku kajumpahan apa-apa yang penting sehari ani. Langui-langui ku cuba mangingati apakah yang luan penting banar sampai ku kepayahan kan tidur di malam.

Sampai je kat ofis, aku cuba semak semua appointment aku hari ni. Takde la pulak jumpa apa-apa yang penting gila. Dok tengok sawang je aku try nak cuba ingat balik apa saja yang penting sangat semalam sampai susah gila aku nak lelap.


Batah ku mamikirkan, baru ku teringat... AKU MIMPI NGANYA RUPANYA... CIS....!!!!

Lama gak aku fikir, aku baru teringat...  AKU MIMPI JE RUPANYA.. CIS...!!!!

Monday, November 3, 2008

Makan, Makan dan Makan

Kami anak-beranak inda jua luan berapa pasal makan ani. Tapi bila sampai tais-liur kan mengunyah atu datang, duluri saja tia. Inda tah kami anak-beranak pandai kan beranti. Hari sabtu lapas ku bawa biniku sama Elisa bejalan kononnya keluar awal pagi makan breakfast sebalum bejalan. Sekali, sehari-hari kami bejalan mangunjar kan dikunyah.

Kami anak-beranak takde la kuat makan sangat. Tapi kalau dah selera makan tu datang, bagi apa saja, sure layan. Susahlah kita orang nak berhenti. Hari sabtu lepas aku bawa bini aku dengan Elisa pegi makan breakfast sebelum kita orang jalan-jalan. Belakang, satu hari kita orang jalan-jalan cari  makan.


Dalam pukul 10 pagi, ku bawa bisidorang makan di Kopi O' Corner di Satok. Kami makan Nasi Lemak, Mee Kolok dengan Bubur Ayam. Elisa mimang buleh tahan makan ani. Selagi duduk, inda tah kan beranti makan. Lapas breakfast, bejalan tah kami sekajap ke Parkson. Batah sudah biniku kan membawa ke sana ani. Balum jua apa-apa dalam Parkson, biniku madahkan kan membawa makan di Holiday Inn untuk Hi-Tea buffet. Aku mana saja tah.

Dalam pukul 10 pagi, aku bawak diorang makan kat Kopi O' Corner kat Satok. Kita orang makan Nasi Lemak, Mee Kolok dengan Bubur Ayam. Elisa memang boleh layan makan. Lagi lama duduk, lagi tak berhenti makan. Lepas je breakfast, kita orang jalan pegi Parkson. Dah lama dah bini aku ajak pegi Parkson ni. Belum lama sampai kat Parkson, bini aku ajak pegi makan kat Holiday Inn, Hi-Tea buffet. Aku layan je.


Selajur kan pukul 2pm, tarus tah ku bawa ke Holiday Inn. Dalam promotion hotel, dorang madahkah buffet start pukul 2pm. Ku liat, lakat lagi macam berabut dorang hotel manyusun naindah buffet atas mija. Macam kalam-kabut saja ku liat. Sambil manunggu, ku bawa Elisa bapusing maliat apa makanan kana hidangi. Tangah ku mambawa Elisa bapusing maliat naindah, Supervisor nya managur kediaku :-

Bila dah dekat pukul 2pm, terus aku bawak pegi Holiday Inn. Dalam promotion hotel tu, buffet tu start pukul 2pm. Yang aku nampak, diorang hotel masih lagi berebut nak susun makanan buffet kat atas meja. Macam kelam-kabut je aku tengok. Sambil menunggu, aku bawak Elisa survey makanan apa yang diorang nak hidang. Tengah layan dengan Elisa tengok makan, Supervisor hotel tegur aku :-

Supervisor : Excuse me Sir, could you please take your seat first. Once we ready, we will inform you.


Ku liat muanya macam inda puas hati ja. Ada jua ku kedangaran kedia ani komplen dengan staf-staf nya madahkan customer sudah bekaliaran tangah bisidorang manyusun makanan. Katanya payah bisidorang kan manyusun kalau customer batingal inda mau duduk dulu. Ku liat jam sudah labih pukul 2pm. Inda patut kedia komplen sababnya janji dalam promotion start pukul 2pm. Pukul 2.15pm pun alum siap... salah siapa??

Muka Supervisor ni macam tak puas hati je aku tengok. Ada gak aku terdengar dia complaint dengan staf-staf die yang customer dah berkeliaran tengah diorang susun makanan. Dia cakap dia susah nak susun kalau customer tak dengar cakap suruh duduk. Aku tengok jam dah lebih pukul 2pm. Memang tak patut die complaint camtu sebab dalam promotion hotel tulis start pukul 2pm. Pukul 2.15pm pun belum siap susun... salah siapa??


Anyway, start saja buffet nya, gagau tia Elisa kan makan. Hari atu saja ku bawa macam-macam makanan. Kami makan :-

Anyway, start je buffet, Elisa dah busy betul nak makan, Hari tu je aku bawak macam-macam makanan. Kami makan :-
  1. Nasi Goreng
  2. Rojak
  3. Sate
  4. Cheese Cake
  5. Chocolate Cake
  6. Fruit Cake
  7. Cendol
  8. Ais Kacang
  9. Ais Cream
  10. Ayam Ball masak sos tomato
  11. Cheese Sandwich
  12. Egg Sandwich
  13. Buah Honey Dew
  14. Buah Betik
  15. Macam-macam jenis kek/biskut bercoklat
  16. Macam-macam jenis Bread
  17. Bermacam-macam jenis Muffins
  18. Minum Jus Oren
  19. Minum Soya
  20. Minum Kopi
  21. Dan lain-lain makanan yang aku sendiri pun inda tau apa namanya.
Buat kali pertama ku liat Elisa makan kasiokan. Aku inda jua berapa makan buffet ani sebab aku bukan jenis makan banyak. Tapi biniku memang buleh tahan buffet. Lagi pun, kedia ingin kan buffet ani semantara balum beranak. Mula-mula aku underestimate Elisa. Rupanya, kedia waris Mamanya. Memang inda rugi membawa Elisa. She really can eat!!! You name it, she eat it all (though not in big quantity).

Buat pertama kali aku tengok Elisa seronok makan. Aku takde la kuat makan buffet ni pun sebab aku bukan jenis makan banyak. Tapi bini aku memang boleh layan buffet. Lagi pun, die yang ingin nak pegi buffet ni sebelum deliver baby. Mulaya aku underestimate Elisa gak. Sekali aku tengok, memang Elisa ni sama macam bini aku. Memang tak rugi pun bawak Elisa. She really can eat!!! You name it, she eat it all (though not in big quantity).


Ya Rabbi, Papa tok makan tumpah jak!! Aca jak suap Papa!!


Mmmm.... Sedap buah tok Ma!



Oleh yang demikian, dengan ini aku isytiharkan, hari ini adalah Hari Makan SeDunia kami sekeluarga!!