Sunday, November 23, 2008

Membari Nama

Senyum Ambil Gambar

16hb November, 2008, biniku selamat beranak baru anak laki. Alhamdulillah, syukur. Bekareh tia lagi ku kan mangunjar nama untuk anak ku yang baru ani. Biniku sama anakku yang tua Elisa gagau membari nama Darwisy selagi betian 7 bulan lagi. Biniku malar bibiran betanya kediaku apa nama lain lagi ku ku bari. Alum tah ku kan ta'unjar.

#16hb November, 2008, wife aku selamat melahirkan anak lelaki aku yang baru. Alhamdulillah, syukur. Kenalah aku berkerja lebih sikit nak carik nama untuk nama anak baru aku ni. Wife dengan Elisa busy betul letak namanya Darwisy semenjak pregnant 7 bulan lagi. Wife aku selalu gak tanya aku apa nama aku nak letak. Aku tak jumpa lagi la.



Batah ku bekareh mengelingai kan mangunjar namanya sabuting lagi. Ngaleh ku membaca buku nama-nama anak damit laki. Inda jua ku ada idea lagi kan membari nama ani. Mulanya ku kan bari nama Izz atau Arumi. Tapi bila ku madahkan dangan biniku pilihanku, muanya macam inda berapakan bekenan.

#Lama gak aku busy carik nama anak aku yang satu lagi. Letih gak aku baca balik buku nama-nama pilihan anak lelaki. Masih gak aku takde idea. Mula-mula aku nak bagi nama Izz atau Arumi. Tapi, bila aku kasi tau wife aku, bini aku macam tak berkenan je.


Elisa & Darwisy

Hari ketiga, awal pagi ku bangun dari mamurancah, teringin ku kan ke JPN kan mambuat sijil beranak. Last-last, baru tah ku tapikir, daripada ku payah-payahan kan mangunjar nama, baik tah ku bari nama Ahmad. Ahmad Darwisy! Uleh sebab Ahmad ani nama bapa sama bapa mertuaku, alang-alang baik tah ku bari nama anak laki pertamaku sempena nama dua bapa sama bapa mertuaku.

#Hari ketiga, awal aku bangun tidur, teringin nak pi JPN buat sijil lahir anak aku ni. Last-last, baru aku dapat idea. Daripada aku dok fikir susah-susah carik nama, baik aku bagi nama Ahmad. Ahmad Darwisy! Olesh sebab nama Ahmad ni, nama bapak and mertuaku, alang-alang baik aku kasi nama anak aku sempena nama diorang.

Ahmad = Yang Terpuji

Darwisy = Warak

6 comments:

cohong gym said...

Tahniah bro. Sudah ada 2 orang cahaya mata

Syamsulfaiz said...

Alf Mabroukkkk brader !

So ko dah dapat sepasang la ni...best..best.

Biasalah lelaki last minit baru dapat nama yg ngam. Aku dulu pun camtu.

Ahmad Darwisy is a nice modern muslim name.

HERMZZ said...

Thank you bros!

Cohong,
Aku dah ada cahaya kat mata aku 2 kali. Kau bila lagi?

Along,
Kalau nama anak pompuan, senang je nak carik. Sebab kalau baca buku pun, memang banyak nama yang menarik. Tapi bila sampai nak bagi nama anak pompuan, selalu je rasa tak berkenan di hati. Tu kira nasib baik dah wife aku pilihkan satu nama. Kalau tak, sure pening kapara nak carik 2 nama bro.

HERMZZ said...

sorry, bila sampai nak bagi nama anak lelaki, memang challenging. Takkan la aku nak letak nama Cohong kot.. hahaha lagi laa tak menarik.

cohong gym said...

hahahaah nama Cohong ok apa hahaha

irwan9001 said...

hermz, tahniah..dapat baby boy..