Wednesday, September 17, 2008

Balik Kampung

Setiap kali Hari Raya, gagau tia semua urang mengungkayahkan muleh ke kampung. Ada yang sudah awal-awal lagi menabung usin labih membali kerita baru, servis kerita, pigi membali tiket bas atau bilun, atau mengasingkan usin sedikit pakai membali minyak kerita, bekongsi sama kawan-kawan.

Kediaku baru saja lapas meliat rancangan 360 TV3 sekajap tadi. Antara isu ceritanya pasal harga tiket bas naik sama membali tiket bas muleh kampung dijual oleh dorang Ulat Tiket. Setiap tahun tah cerita sama saja. Inda pandai kelanguan kah bisidorang di semenanjung ani dengan masalah ani? Alum jua pandai selasai masalahnya ani biar pun isu ani timbul setiap tahun.


HARGA TIKET MAHAL

Ramai yang kana interview kebanyakan komplen harga tiket bas naik 30%. Aku ingat tah harga tiket bas nya ani mahal macam tiket bilun. Rupanya tiket harga cuma bawah RM100 nganya. Dari harga RM33 naik ke RM43 pun sudah jelama kebisingan geraun-geraun!!! Alasannya, kami urang susah, berpendapatan rendah, student dan macam-macam lagi. Cheh...!

Alum lagi bisidorang kan mambuka mata masalah dorang Sabah Sarawak lagi tu (pelemaingku). Masa kediaku belajar dulu, bagi urang Sabah Sarawak, pasal muleh kampung ani mimang jadi masalah kewangan yang terbasar sekali. Terasa macam masalah negara tu. Mana inda, urang lain membali tiket bas inda sampai RM50. Kami membali tiket paling murah tah RM273 (Ani ke Kuching sehala nganya). Alum lagi macam aku muleh ke Miri (RM422 sehala). Dorang sabah lagi teruk. RM450 ke atas sehala. Kiranya kami kalau kan muleh kampung beraya atu, terpaksa jua berbelanja kan sampai RM1,000.

Dorang yang mana orang semenanjung, tiket RM50 pun dorang bising. Harga tiket bilun kami ani bukan buleh di kompromi. Mana ada diskaun. Ada yang sanggup inda makan nasi sebulan kan menyimpan usin kan muleh kampung. Dengan harga tiket miani, urang bausin pebaik, sanak jua parut kan membayar eh!! Jangan tah lagi jelama macam aku yang selalu inda bausin labih.

Jadi, kalau cerita pasal harga tiket bas muleh kampung beraya naik 30% atu, inda lah jadi masalah basar. Tu pun masih lagi bawah RM100. Cuba tiket bilun?? Alum tah kajumpahan harga atu muleh raya... mSampai betanduk tah manunggu.


TIKET AWAL HABIS

Ani antara komplen bisidorang dalam rancangan 360 atu. Kalau membali tiket bas, 2 minggu terakhir atu kompom abis tia sudah. Ada yang bekurapak madahkan inda tau lah cemana kan muleh lagi. Terpaksa telefon keluarga di kampung kan bebincang cemana kan mengungkayahkan muleh karang.

Apalah...! Ani masalah damit. Banyak lagi cara lain. Kalau sudah sanak payah kan befikir, mengayuh saja basikal. Kawan ku si Jek pernah bah mengayuh basikal dari KL sampai jua ke Pangkor bah (kalau inda silap la). Banyak cara kalau dibanar-banari kan muleh ani. Lakat lagi sama tanah. Bukan macam kami Sabah Sarawak. Kan naik kerita pun tinggalam dalam laut China Selatan tu karang!

Masalah tiket abis awal 2 minggu sebalum raya... Adeh.... ani perkara kecil saja. Kami Sabah Sarawak jangan kata 2 minggu sebalum raya... 2 bulan sebalum raya alum tantu dapat. Ada yang terpaksa membali tiket 6 bulan lagi awal.


MASALAH ULAT TIKET BAS

Ani antara cerita dalam rancangan 360 malam ani. Katanya masalah ani sudah lama. Senantiasa tah inda dapat diselesaikan. Macamana tah kan dapat diselesaikan? Dibanarkan membali tiket atu banyak-banyak. Mana inda dorang ulat tiket mengambil kesempatan.

Penyelesaian??? Sanang saja! Buat macam tiket bilun. Siapa bali, letak namanya tarus atas tiket atu. Masa membali, minta nombor IC sekali. Kalau kan tukar jelama pakai tiket, buat tukar di kaunter saja dan isu tiket baru atas nama urang baru atu. Dengan cara ani, ulat tiket kompom inda dapat kan bebisnes lagi.


KESIMPULANKU

Masalah muleh kampung ani inda jua masalah basar sebenarnya. Patut besyukur tah sebab kalau setakat tiket bas atu bawah takat RM100 atu kira bagus dah tu. Kalau inda mampu pun, jangan tah muleh. Kalau takut inda sampat membali tiket, bali tah tiket awal-awal. Bukannya mahal pun. Kalau kami dari Sabah Sarawak ani buleh mengungkayahkan balik kampung beraya dengan harga tiket mahal  sama tiket awal abis, kenapa bisidorang inda dapat??? Atu pun inda tasurong kah?

1 comment:

hasnizam said...

hmmm....nanti aku mitak kerajaan buat undersea train...sure sampai sabah serawak dgn cepat. usin pon kurang di caj. tapi aku takut ade gojira ler dlm laut tuu