Monday, February 2, 2009

Maggie Goreng Amjal

Teringat kediaku zaman belajar dulu di KL kami diam di Lembah Pantai. Kalau bejalan keluar hostel, ada dua tampat saja yang kami selalu pigi kan makan. Skad (aku pun inda tau cemana ngija ani) sama Amjal. Kalau kan bakurapak pasal Amjal.. satu saja ku ingat.. MAGGIE GORENG!

Aku teringat zaman masa belajar dulu kat KL. Kami duduk kat Lembah Pantai. Kalau nak jalan keluar hostel, ada dua tempat je kami selalu pegi makan. Skad (Tak tau la camna nak eja) dengan Amjal. Kalau cerita pasal Amjal ni, satu je aku ingat.. MAGGIE GORENG!

Ingat ku lagi kalau inda silap tahun 1996, kami ramai-ramai turun dari hostel kan makan Maggie Goreng di Amjal. Kalau inda silap, kami ada 8 urang tubuh. Ada lagi yang tinggal di hostel minta kirimkan Maggie Goreng jua bungkus.

Aku ingat lagi kalau tak silap tahun 1996, kami ramai-ramai turun dari hostel nak pekena Maggie Goreng kat Amjal. kalau tak silap, kitaorang ada 8 orang semuanya. Ada lagi yang tinggal kat hostel mintak tapau je Maggie Goreng ni. 

Sampai saja saja datang tia waiter inda mambawa keratas pakai menulis. Kami madahkan kami banyak mau di order. Tapi katanya, kedia buleh ingat. Bah.. apalagi. "Nak order apa?" waiter atu betanya arah kami semua. Start tah kami mengorder makanan kegemaran kami yang bunyinya lebih kurang cemani :-

Sampai je kat Amjal, terus datang sorang mamat Waiter ni dengan tangan kosong takde kertas. Kita orang cakap kita orang punye order banyak. Tapi dia cakap dia buleh ingat. So takpe la. "Nak order apa?" waiter tu tanya kat kitaorang semua. Start la kami semua meng"order" makanan kegemaran kita orang semua yang bunyinya lebih kurang camni :-

  1. "Saya nak Maggie Goreng satu, makan"
  2. "Saya nak Maggie Goreng 2 bungkus, makan satu pinggan"
  3. "Saya nak Maggie Goreng 2 bungkus, makan satu pinggan dengan satu bungkus, bungkus"
  4. "Saya nak Maggie Goreng 2 bungkus, makan satu pinggan dengan 2 bungkus, bungkus sekali"
  5. "Saya nak Maggie Goreng 2 bungkus, makan satu pinggan dengan 2 bungkus, bungkus asing-asing"
  6. "Saya nak Maggie Goreng satu, makan, 3 bungkus, 2 bungkus sekali, satu bungkus asing"
  7. "Saya nak Maggie Goreng 2 bungkus, makan satu pinggan dengan 2 bungkus, bungkus tak nak sayur"
  8. "Saya nak Maggie Goreng 2 bungkus, makan satu pinggan, 4 bungkus, bungkus asing-asing"

Lapas saja kami semua meng"order", masuk tia kedia kedalam. Lebih kurang 5 minit lapas atu, keluar tia bebalik tarus madahkan kami :-

Lepas je kita orang order, mamat tu masuk ke dalam. Lebih kurang 5 minit lepas tu, dia keluar balik dan terus je cakap :-

"Sorry la bang! Maggie habis!" katanya.

Kami semua kehairanan sababnya maggie banyak taruhnya arah lemari kaca dapan kadai. "Tu, Maggie banyak kat almari tu apa?" marah kawan ku! Masuk kedia bebalik sekajap. Lapas atu keluar ya tarus madahkan:-

Kita orang semua confuse gak sebab kita orang nampak maggie banyak susun kat almari kaca depan kedai. "Tu, Maggie banyak kat almari tu apa?" marah member aku! Terus mamat tu masuk balik. Tak lama lepas tu dia keluar balik dan cakap :-

"Sorry la bang. Tukang masak takde" katanya. 

Panas hati kami semua. Last-last pegi Skad makan paprik nganya. Sah waiter atu lupa apa yang kami order. Saja buat-buat alasan nganya tu.

Panas betul kita orang hari tu.. ale-ale kitaorang semua makan nasi paprik kat Skad. Sah, mamat tu sure lupa apa yang kitaorang order tadi. Saje je buat-buat alasan!

6 comments:

cohong gym said...

Maggi amjal memang best. aku kalau pegi sana mesti order maggi

Hamidi said...

aisey...mamat tu kwn baik Cohong! Asal nampak lelaki je, terus hilang ingatan...mcm Cohong lah!

Syamsulfaiz said...

Aduh meleleh air liur ingat Maggie goreng skud.

Kat Dubai ni maggie tak sedap la. Perisa tomato dan tak pedas...blerghh..!

diman the great said...

Dammit! terliur ku eh..

Watan Marhaen said...

Dun have the experience of trying those things but I remember the one time I went they for a very expensive meal. Too littele but too expensive and yet it was uumph!
Just like one place in Sg. Pusu/Gombak...too little too expensive yet couldn't resist...Worst food was at the Mahallah....hari - hari telan nasi kuah kari n telur mata kerbau...kan Mid?

Hamidi said...

Mahallat as-Siddiq la Azly. Jgn kan mata telur, kuah pun mahal!