Malam tadi aku punyalah nervous mamikirkan turun keraja hari ani. Pelemaingku, ada satu big appointment yang pagi isok. Kan tidur pun ku kepayahan. Sangal mamikirkan apakah appointment ku ani bisuk pagi. Ngaleh ku cuba mangingati, inda jua ku tabua'i lagi tu. Kuatan mengantok hantap, tetidur jua ku eh kengalehan.
Semalam aku punyela nervous dok fikir pasal nak pegi kerja hari ni. Aku terasa yang pagi besok aku ada Big Appointment kena handle. Nak tidur pun susah gila. Pening kepala aku dok fikir apa la appointment aku besok pagi. Letih aku cuba ingat balik, tapi tak boleh jugak. Sebab ngantok sangat, tertidur jugak aku keletihan.
Awal pagi tadi takuliat badan payah kan bangun. Mulanya rasa macam malam kan turun keraja ni. Mangantuk lakat ku lagi nyamu. Tapi baru ku sadar yang aku rasa aku ada Big Appointment pagi ani. Cumanya aku alum lagi ingat appointment apakah tu. Malas jua ku kan meliat dalam diari telefon ku. Biartah ku ke ofis dulu. Karang tah cuba di ungkayahkan.
Awal pagi tadi, badan mengeliat susah nak bangun. Ada gak rasa malas nak pegi kerja. Mengantok gila bro. Tapi aku baru teringat yang aku ada Big Appointment pagi. Cumanya aku tak ingat appointment apa. Malas gak aku nak nengok dalam diari telefon aku. Biar la kat ofis je aku semak.
Bila sampai ofis ku, aku cuba simak bebalik semua appointment ku sehari ani. Inda jua ku kajumpahan apa-apa yang penting sehari ani. Langui-langui ku cuba mangingati apakah yang luan penting banar sampai ku kepayahan kan tidur di malam.
Sampai je kat ofis, aku cuba semak semua appointment aku hari ni. Takde la pulak jumpa apa-apa yang penting gila. Dok tengok sawang je aku try nak cuba ingat balik apa saja yang penting sangat semalam sampai susah gila aku nak lelap.
Batah ku mamikirkan, baru ku teringat... AKU MIMPI NGANYA RUPANYA... CIS....!!!!
Lama gak aku fikir, aku baru teringat... AKU MIMPI JE RUPANYA.. CIS...!!!!
7 comments:
Aku rasa simptom ko bermimpi ni lama sudah ni, inda percaya? dulu ko parnah bermimpi pigi final exam family law tapi yg sebenarnya ko masi tidur di bilik..hehehehe
Alaaa... tu aku sengaja inda pegi exam, sebab malas mau bangun tidur. Aku takut kalau aku pegi, aku score markah paling tinggi dalam sejarah Fakulti Undang-undang seluruh Malaysia.
Oleh sebab aku ni jenis low profile dan down to earth, jadi lebih la aku berpada-pada. Kalau glamer sapa yang susah??? Kamu juga yang susah sebab mau menumpang glamer aku.
ceh piiiraahhhh. Kau pun kantoi gak family law. Kalau kau pegi exam pun belom tentu lepas hahahahah
Cohong,
kalau nak tumpang glamer ko cakap je bro. Aku buleh kasi laluan. Alaa.. paper tu bukan susah sangat pun. Engkau yang cuma pandai baca kitab bahasa benggali je tu pon buleh lepas, ini kan pulak aku yang terer gila English dengan bahasa Arab.
Tengok macam sabahat kita Along. Dia start dulu kena bawak kamus Tamil/English. Ha tengok sekarang, dah pi Dubai jadi lawyer. Kalau di Sri Lanka, die sure dah jadi ketua hakim kot! Usaha tu tangga kejayaan. Lagi pun aku bukan kantoi paper, cuma nye tak pi exam je bro.
eleh lagi mau cover hahahahah
Along bukan setakat jadi ketua hakim he bro, dia boleh jadi ketua Tamil Tiger
Aku rasa bab-bab jadi ketua ni, Along dah lama dah masuk. Masa kerajaan nak tangkap Hindraf pakai ISA dulu pon polis hampir-hampir nak tangkap Along, sebab menyerupai pejuang-pejuang Tamil Tiger.
Disebabkan kepoweran aku negotiate dengan Syed Hamid, Along tidak lagi menjadi suspek. Oleh sebab kekeliruan tersebut, Along terasa teraniaya dan membawa diri ke Dubai. Begitulah kesudahannya...
Woi macam mana boleh lari topik kutuk aku ni. Bukan ke kita sepatutnya kutuk Cohong sahaja..hehe
Post a Comment