Showing posts with label Ngaleh ku eh. Show all posts
Showing posts with label Ngaleh ku eh. Show all posts

Wednesday, January 7, 2009

Lama Inda Nampak?

Macam ku padahkan last entry, aku gagau kebelakangan ani. Kediaku dapat baby boy, keraja batimbun di office sama keraja ujung minggu pun ada jua. Yang sebanarnya kediaku pun mengambil upah mengambil gambar untuk event photographer jua. Biasa laa hobi jadikan usin. Biasanya kediaku mengambil upah mengambil gambar urang kahwin. Tambah lagi ujung tahun sehari atu cuti sakulah, ramai jua jelama kan nikah ani. Bah... ani antara hasil keraja ku baru-baru ani :-

Macam aku bagi tau last entry, aku agak busy lately. Aku dapat baby boy baru, kerja kat office belambak & kerja hujung minggu pun ada gak. Yang sebenarnya, aku pun ada gak ambik upah ambik gambar untuk event photographer. Biasala bro, hobi jadikan income. Biasanya aku ambik upah ambik gambar orang kahwin. Tambah lagi hujung tahun baru ni cuti sekolah, so ramailah yang nak nikah. So, ini antara hasil kerja aku baru-baru ni :-









Wednesday, November 5, 2008

Big Appointment!!

Malam tadi aku punyalah nervous mamikirkan turun keraja hari ani. Pelemaingku, ada satu big appointment yang pagi isok. Kan tidur pun ku kepayahan. Sangal mamikirkan apakah appointment ku ani bisuk pagi. Ngaleh ku cuba mangingati, inda jua ku tabua'i lagi tu. Kuatan mengantok hantap, tetidur jua ku eh kengalehan.

Semalam aku punyela nervous dok fikir pasal nak pegi kerja hari ni. Aku terasa yang pagi besok aku ada Big Appointment kena handle. Nak tidur pun susah gila. Pening kepala aku dok fikir apa la appointment aku besok pagi. Letih aku cuba ingat balik, tapi tak boleh jugak. Sebab ngantok sangat, tertidur jugak aku keletihan.


Awal pagi tadi takuliat badan payah kan bangun. Mulanya rasa macam malam kan turun keraja ni. Mangantuk lakat ku lagi nyamu. Tapi baru ku sadar yang aku rasa aku ada Big Appointment pagi ani. Cumanya aku alum lagi ingat appointment apakah tu. Malas jua ku kan meliat dalam diari telefon ku. Biartah ku ke ofis dulu. Karang tah cuba di ungkayahkan.

Awal pagi tadi, badan mengeliat susah nak bangun. Ada gak rasa malas nak pegi kerja. Mengantok gila bro. Tapi aku baru teringat yang aku ada Big Appointment pagi. Cumanya aku tak ingat appointment apa. Malas gak aku nak nengok dalam diari telefon aku. Biar la kat ofis je aku semak.


Bila sampai ofis ku, aku cuba simak bebalik semua appointment ku sehari ani. Inda jua ku kajumpahan apa-apa yang penting sehari ani. Langui-langui ku cuba mangingati apakah yang luan penting banar sampai ku kepayahan kan tidur di malam.

Sampai je kat ofis, aku cuba semak semua appointment aku hari ni. Takde la pulak jumpa apa-apa yang penting gila. Dok tengok sawang je aku try nak cuba ingat balik apa saja yang penting sangat semalam sampai susah gila aku nak lelap.


Batah ku mamikirkan, baru ku teringat... AKU MIMPI NGANYA RUPANYA... CIS....!!!!

Lama gak aku fikir, aku baru teringat...  AKU MIMPI JE RUPANYA.. CIS...!!!!

Thursday, August 16, 2007

Mukah - Kuching 14 Ogos, 2007

Aku sudah cuba kan membali tiket bilon dari Mukah ke Kuching seawal bulan ani untuk hari 13 Ogos, 2007, malar ja madahkan inda ada "sit". Ramai jua urang kan muleh ke Kuching ani hari Isnin? Urang sudah keraja jua hari isnin... mengapa tia sit abis hari isnin kan? Inda tah ku merati. Terpaksa tia aku membali tiket muleh hari selasa. Rupa-rupanya, hari minggu atu 12 Ogos, 2007 ada Regatta di Mukah. Patut pun ramai urang keluar dari bandar Mukah pakai kerita bejuntun-juntun. Ada pesta rupanya! Memang ramai pakai bilon jua mengkali hari isnin atu jua muleh ke Kuching. Patutpun abis tiket bilon.


Kantin Lapangan Terbang Mukah

Hari kan berangkat muleh atu, aku plan kan turun ke Airport awal. Flight ku pukul 1.25pm, jadi aku turun kan meliat di Airport pukul 12 tangahari. Sekali sampai sana, inda bejelama!!! Banar inda kah ni Airport? Atau aku salah tampat??? Kali aku ani luan kan excited meliat bilon. Kalau di Airport Kuching, memanglah urang pegi awal. Ani bandar damit cemiani, inda jua payah kan luan awal datang ani. Macam urang baru-baruan saja naik bilon ani bah...


Kaunter Check-In

Nya adi ku.. bahapa tia kediaku kan lepak awal-awal di Airport? Bukan ada jelama pun. Bah... baik tah ku me'round" bandar Mukah lagi for the last time. Check-check, sekali round seluruh bandar nganya 10 minit! Bebalik jua ku ke Airport lagi awal. Tapi kali ani, ada tia sudah jelama 2-3 urang. OK lah tu... baik tah ku turun saja. Bahapa tia ku kan round lagi. Paning saja ku kan bepusing-pusing. Baik tah teranah di Airport.


Balai Berlepas. Perlukah?

Bila ku meliat Airport Mukah ani, teringat kediaku dangan Airport lama Limbang di Bukit Mas. Yalah.. open macam atu saja. Kaunter Check-In pun macam inda ada apa-apa saja. Kantin pun macam inda saja. Urang bekeraja di Airport ani pun datang pakai seluar buntak nganya. Samalah tu dangan Airport Mukah ani. Lagi dahulu masa lagi damit, bila pegi Airport ani selalu mengayau bepusing kan menunggu bilon. Runduk saja parking bilon, belusiran tah kami mengaga kan meliat dalamnya dari dakat. Biasalaa... inda pernah naik bilon bah. Bukannya bepagar pun Airport Limbang dahulu.


Aku duduk belakang Pilot. Ani tah rupanya dalam kokpit Twin-Otter

Airport Mukah ani pun sama jua. Pukul 1.30pm, bilon pun runduk. Inda ramai jelama keluar. 6 urang nganya. Macam biasa, ada jua kanak-kanak belusir mengaga bilon atu kan meliat dari dakat. Teringat kediaku zaman ku damit dulu... hihihi. 1.45pm aku berangkat dari Mukah. Biasa lah twin-otter, FREE SITTING. Dah lah badan bagak, nasib ada sit selesa. Yang bestnya, duduk belakang pilot nyamu. 


Damit nganya bilonnya ani dari luar. Fly Asian Xpress.

Kelemahan naik bilon ani, cuma dapat membawa luggage inda labih dari 10kg. Kalau labih, bebayar tia. Nasib jua barangku ngam-ngam limit atu. Mun inda, abis jua tia usin ku. Biasa kediaku naik bilon ani, selalu kan begagar. Tapi hari ani, inda tia. Hari rupa macam kan hujan saja. Kira terer lah tu pilotnya ani. Landing saja di Airport Kuching ku liat hujan barai-barai. Menyabut hujan barai-barai ani teringat ku kan lagu kanak-kanak dulu :-

Hujan Barai-Barai
Ambok Makan Padi
Si Anu kan Belarai
Tapi Inda Jadi

Keluar bilon andang basah Airport. Labat tia mengkali hujan di sini ani. Nasib bilon runduk dulu. Mun inda begagar banar tia. Subhanallah... membari ijap tu ah..!


Dalam Limosin Airport. Baru-baruan... panjang eh!

Sampai-sampai ke Airport, ku telipon sepupu ku kan menyuruh mengambil di Airport. Tapi katanya, ia inda ada kerita. Bah, teksi tah jawapannya. Malas tah kan ku mikirkan, pegi saja tah aku ke kaunter Airport Taxi, di mintai nya kediaku RM18. Mahal jua kan ke Tabuan Heights ani?? Maka dakat nganya!!! Tiba-tiba, datang urang mengambil barang-barang ku menyuruh kediaku mengikut kedia. Sekali ku liat kerita teksi nya ani, Proton Limosin!!! Patut pun mahal!!!

Malas tah ku kan mengambil luan banyak gambar lagi. Ngaleh sudah ku ni. Malas tah ku ingau yang lain-lain atu. Kan gagas bejumpa Elisa!!!

Tuesday, July 17, 2007

Pancit Tia Pulang...

Sehari-hari aku membuat keraja, turun-naik bejumpa urang di sana-sini kengalehan, ingatkan lapas ani buleh tah kan rilek-rilek di rumah. Sekali ku subok kerita ku paking diluar macam pancit tayar belakangnya.

Ku aga dakat-dakat banar jua nyamu eh. Pancit kampis hantap!! Bah.. makin tah ku ngaleh lagi ni eh. Dah hari hangat, baru pukul 5 patang... buleh angus bekarak ni kalau bejamur masa ani. Kunonnya kediaku kan menukar tayar ahir sedikit. Inda panas. Tapi kalau ku kerajakan ani, dapat ku antar ke kadai kan menampal sebalum kadai tutup pukul 6.

Ngaleh ku eh....