Tuesday, November 11, 2008

Nissan Vanette Bapa


Kami sakeluarga ada 6 urang. Jadi kalau kami kan bejalan ke kadai kan membali naindah, van Nissan Vanette ani tah jadi pengangkutan. Bapa bali van ani secondhand 16 tahun dulu. Bila kami kan bejalan beraya, van ani tah jadi mambawa kami sakeluarga. Bila kami kan muleh ka Limbang dari Kuching, van ani tah yang mengangkut kami sakeluarga sama naindah panuh bepadat. Kalau lagi dahulu, dari Kuching ke Miri, selalunya kami turun dari Kuching pukul 3 pagi. Sampai ke Miri dalam pukul 4 ke 5 patang. Sungguhpun van ani ada 4 gear nganya, buleh jua ya sampai ke Miri dalam masa 14 jam nyamu. Asal tahan punggung duduk batah-batah inda be-aircond.

Kami sekeluarga ada 6 orang. Kalau kami nak pegi ke kedai nak beli barang rumah, van Nissan Vanette ni lah jadi pengangkutan. Bapak aku beli van ni secondhand 16 tahun dulu. Bila kami nak pegi beraya, van ni lah yang bawak kami sekeluarga. Bila kami nak balik kampung ke Limbang dari Kuching, van ni lah yang angkut kita orang sekeluarga berpadat dengan barang-barang yang penuh. Kalau dulu perjalanan dari Kuching ke Miri selalunya kami turun dari Kuching pukul 3 pagi. Sampai ke Miri dalam pukul 4 atau 5 petang. Walaupun van ni ada 4 gear je, boleh gak sampai ke Miri dalam masa 14 jam je. Asalkan tahan punggung duduk lama-lama takde air-cond.

Selalunya, kuatan badan kami adi-beradi tabau-tabau, sorang adiku mistilah malimpang atas lantai van ani. Mun inda, mesti lah inda muat kami duduk atas kerusi belakang ani. Sangal nyamu duduk batah-batah ani. Uleh sabab inda be-aircond, tepaksa tah kami mambuka tabok masa dalam perjalanan. Sampai saja destinasi, kalau syampu rambut atu, keluar tu hitam aingnya tekana habuk masa bejalan bejam-jam atu. Masa ku mula keraja, van ani tah jua jadi pengangkutan kediaku. Ada bisidorang hairan inda picaya ku bawa van ani pegi court. Mana jua ulah, mana kan balureh usin kan mambali kerita baru? Ani saja ku mampu masa atu.

Oleh sebab kami adik-beradik bersaiz besar, salah seorang adik aku mestilah baring kat lantai van ni. Kalau tak, sure la tak muat kami duduk kat kerusi belakang van ni. Letih gak kalau duduk lama-lama ni. Oleh sebab takde air-cond, cermin kenala sentiasa bukak. Sampai je ke destinasi, kalau cuci rambut sure keluar airnya warna hitam sebab terkena habuk semasa perjalanan berjam-jam. Masa aku baru nak kerja dulu, van ni jugaklah jadi pengangkutan aku. Ada gak orang hairan dok tengok aku pakai van ni pegi court. Apa boleh buat, mana nak cekau duit nak beli kereta baru? Ni saja lah aku mampu masa tu.

Sudah 4 tahun ku rasa Bapa jual van atu. Banyak banar jasanya dangan kami sakeluarga. Masa Bapa jual van atu, kedia inda madahkan dangan kediaku. Sampai karang ani, spare-key nya sabuting masih ada lakat lagi arah ku.. Sssssshh!!

Dah 4 tahun Bapak aku jual van ni. Banyak betul jasanya dengan kami sekeluarga. Bapak aku jual van ni tak kasi tau aku. Sampai sekarang, spare-key van ni masih lagi kat aku... Sssssshh!!

7 comments:

Syamsulfaiz said...

Teringat aku van arwah Atuk aku dulu. Dapat naik van ni dengan open window, rasanya lagi seronok dari naik BMW. Tapi duduk belakang la. Kalau duduk depan sakit punggung dan agak pening pasal kerusi atas tayar.

cohong gym said...

Pak Cik aku ada sebijik. Selalu gak aku bawak. Sampaikan kerusi van pun dah tak de. Yang paling best sekali. Pak Cik aku letak sofa kat belakang. Stylo ahahahahha

HH said...

Best wo bawak van ni. Feel betul! Dag le 4 gear, dah tu gear kat stereng. Salah satu feature van ni ialah, over steering. Aku pun pernah buat drift pakai van ni. Tu yang Tokyo drift nak ikut trend tu! Aku lah yang start!

Anonymous said...

cohong, tu btul nye pimp my ride, letak sofa dlm van! hahaha.

cohong gym said...

Slash,
memang macam pimp my ride. Tapi masalahnya, dia main amik sofa kat rumah pastu letak je kat belakang van. So bila time amik corner, sofa tu akan bergerak ke kiri dan kanan hahahahhahahaha

Man,
bole drift ke? Aku nak try jugak la

HH said...

Drift tak sengaja adalaa... Sebab over steering.

cohong gym said...

Sekali aku drift, terus terbalik van hahahhaa