Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya

Banyak macam jenis cerita setiap kali hari raya. Ada sedih, ada siok, ada yang boring dan ada jua best. Tahun 2003 antara hari raya yang sedih jua untuk aku. Nini meninggal sebalum raya. Kediaku inda kan sampat muleh ka Limbang kan bajumpa Nini buat kali terakhir. Aku pun inda sampat kan pigi tahlil Nini sebab masa atu mulah Angah pun koma di KL.

Aku kesian banar sama bapa. Serba salah kedia kan mengaga mulah Angah di China dulu kan manulong membawa muleh ke Malaysia. Masa atu, mulah Angah sudah koma. Nini pun baru maninggal di Limbang. Tapi ku rasa bapa lagi kesian dengan mulah Angah sebab Nini sudah maninggal, mulah Angah masih lagi ada peluang untuk kedia bajumpa.

Masa atu Mama sama adi beradi ku lain di Limbang pegi tahlil Nini. Aku dangan adi ku sorang lagi di Kuching pasal kononnya kan manunggu bapa kononnya kan sama muleh ke Limbang lapas mambawa mulah Angah muleh. Tapi bapa talipon aku sehari sebalum raya, kedidia sama mulah Angah terpaksa tinggal di KL. Aku sama adiku saja beraya di Kuching... makan hari raya pun di Mc Donald sebab kami inda masak apa-apa pun di rumah.

Bapa muleh ke Kuching hari raya kedua madahkan mulah Angah sudah sadar dari koma. Sanang hati ku jua mendangarkan. Tapi nya bapa, kesian ya dengan Angah bini sorang-sorang di KL mendangani mulah Angah di hospital. Kediaku masa atu malas jua kan bafikir lagi, selajur tah ku ke KL kan bajumpa dangan mulah Angah. Alhamdulillah, aku dengan Pak Mit sama-sama naik bilun. Sanang hati mulah Angah maliat kami dua datang. Walaupun inda senyum, tapi dari matanya dapat ku baca, kedia menangis sebab suka hati kami datang jua.

Masa atu mulah Angah alum tau Nini maninggal takut kedia tekajut. Mana jua ulah, urang baru ja sadar koma, takut apa-apa hal lagi. Entah berapa lama mulah Angah inda tau mulah Nini maninggal sudah, tapi yang ku dangar kedia sedih banar mendangarkan sebab kedia sudah betahun jua inda sampat bajumpa dengan mulah Nini sebab guring limpang sakit.

Masa ku di KL atu, sampat jua ku mangunjarkan lauk Terubok. Sampat jua ku masakan untuk mulah Angah kuatan katanya tais liur kan makan. Andang payah masa atu sebab time atu hari raya keempat di KL. Mana ada kadai buka. Oleh sebab aku biasa sudah diam di KL, inda menjadi masalah tah jua aku kan mengungkayahkan liur mulah Angah atu. Siok ku maliat kedidia makan beselera!

Jadi, dalam masa 2 bulan atu, ramai tah sanak-saudara datang dari Brunei sama Limbang kan mengaga mulah Angah di KL. Tapi tanpa kami sadari jua, salah sorang pakcik ku, mulah Angah Haji, yang melawat atu pun maninggal jua inda batah bajumpa mulah Angah. Kami semua takajut banar! Aku jangan tah lagi... sudah betahun-tahun aku inda sampat bajumpa dengan mulah Angah Haji. Inda jua lagi kesampaian kan bajumpa lagi. Hari Raya tahun 2003 andang banar-banar kami sekeluarga rasai.

Hari raya tahun 2006 pun pengalaman yang hampir sama. Seminggu sebalum hari raya, mulah Angah maninggal. Aku konon-kononnya sudah besiap-siap kan muleh ke Limbang sama Lawas beraya. Tapi aku serba-salah jua sebab masa atu mulah Angah sakit tenat. Nya bapa, sukati ku saja kalau aku kan muleh ke Limbang. Tapi kedia tatap kan mendangani mulah Angah. Aku rasa, bapa mimang rapat banar dengan mulah Angah.

Aku pun inda sampai hari kan muleh ke Limbang jua, tapi aku bedoa setiap hari supaya Angah sihat semula sampat beraya sama kami sekeluarga. Lagi pun aku sudah batah inda melawat Nini-nini ku di Lawas kan behari raya angan ku. Sekali lagi, pengalaman hari raya tahun 2003 kami rasai. Mulah Angah meninggal seminggu sebalum Hari Raya. Terasa macam dejavu saja.

Tahun ani mimang sudah ku menyimpan hasrat atu kan beraya ke Limbangs sama Lawas. Tapi biniku sarat betian tahun ani. Bilun inda dapat menerima jua tu. Jangan tah lagi kan pakai darat!! Teberanak tia karang tangah jalan!!! Sekali lagi tahun ani aku inda belaku kan muleh raya. Tahun lapas kami sekeluarga pun beraya di Kuching saja. Jadi uleh kerana banyak dang sanak datang ke Kuching, malas tah ku kan muleh dulu, kononnya kan pigi tahun ani.

Semenjak tahun 2003, sampai 2008, aku alum parnah lagi muleh beraya. Bukan inda mau, ada saja aral melintang. Insyaallah, kalau inda ada apa-apa tahun dapan, kan ku surongi jua muleh beraya ani... insyaallah.

Apa-apa pun, tahun ani aku beraya di Kuching saja. Semua dang-sanak ku yang lain, peradian, bapa-mama muleh ke Limbang sudah hari ani. Tinggal tah ku sorang di sini beraya. Apa-apa pun, kepada siapa membaca blog ku ani aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

ps:- Bapa, minta maaf banyak-banyak Pa, aku inda sampai kan besalam sama kita.

No comments: